Asal-usul dan sejarah Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Tempat persidangan PBB

Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.

Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46 penandatangan yang lain.

Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.